Esok cuti ...cuti sempena maulidurrasul. Sempena itu saya titipkan lirik lagu '' Rasulullah " nyanyian Hijjaz.
Rasulullah dalam mengenang mu
Kami susuri lembaran sirah mu
Pahit getir perjuangan mu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbanan mu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al Quran
Rasulullah kami umat mu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingati mu
Dan kami cuba mengamal sunnah mu
Kami sambung perjuangan mu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela