Isnin, 8 Mac 2010

NASIHAT PENTING MENGENAI KECEDERAAN KEPALA

Assalamualaikum semua...

Petang Sabtu yang lalu aku dikejutkan oleh bunyi telefon suamiku. Katanya anakku Naufal terkena batu di kepala...kawannya main baling batu. Berdarah.....Yang telefon beritahu suamiku adalah ayah kawan anakku itu. Tak lama kemudian Naufal 7 tahun muncul dengan muka sedihnya. Setelah diperiksa luka kecil saja tapi aku memutuskan untuk ke hospital.

Kami ke hospital ...Hospital Tampin. MA yang periksa tu kata kena jahit 1 jahitan je atau gam, tapi di Hospital Tampin ni takde gam. Jadi kena 1 jahitan dan suntikan anti-tetanus (kancing gigi) . Dibekalkan ubat tahan sakit dan antibiotik.

MA tu bagi satu risalah
NASIHAT PENTING MENGENAI KECEDERAAN KEPALA. Inilah yang ingin ku kongsikan bersama.

Seseorang pesakit yang mengalami kecederaan kepala, sekiraya sudah dihantar pulang oleh doktor selepas ia memeriksanya, harus dimasukkan kembali ke hospital ataupun dihubungi kembali jika :-

1. Pesakit menjadi bingung, kurang sedar atau resah
2. Pesakit merungut sakit kepala yang keterlaluan dan berterusan
3. Pesakit muntah
4. Pesakit mengalami kelemahan anggota
5. Penglihatan menjadi kabur dan melihat benda mendua
6. Pengsan atau sawan

Seseorang pesakit, walaupun mengalami kecederaan kepala yang ringan mungkin memerlukan beberapa jam sebelum pulih dan tidak harus

1. Ditinggalkan berseorangan
2. Dibenarkan memandu atau menunggang motosikal
3. Meminum sesuatu yang memabukkan

Aku pun berpesan pada Naufal; kalau ada tanda2 di atas beritahu umi ye. Lalu jawabnya selamba...kalau Afal pengsan macamana nak bagitau umi. Aku terus ketawa....kemudian menyambung pesan. Kalau nampak mendua tu maknanya nampak benda dua-dua. Contoh nampak tv tu jadi dua. Si Naufal terus bertanya..kalau nampak lima macamana??? Ha...macamana???